Sabah sangat popular kerana
pulaunya yang cantik. Justeru itu Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota
Kinabalu, Sabah, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk pergi ke kepulauan
utama di sekitarnya, Pulau Manukan.
Pulau Manukan merupakan
antara lima buah pulau di Taman laut Tunku Abdul Rahman dan kedua terbesar
di Kota Kinabalu selepas Pulau Gaya, selain itu tiga lagi pulau yang sering
menjadi kunjungan pelancong ialah Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
Kedudukan pulau Manukan
terletak tidak jauh dari Jeti Jesselton Point iaitu hanya kira-kira 20 minit
dengan bot laju. Tambang bot pergi balik RM17 seorang.Pulau ini sangat sesuai
untuk penggemar aktiviti Snorkling. Dari Jeti Pulau Manukan, tanpa memakai
peralatan snorkling,anda akan dapat melihat beribu-ribu ekor ikan berkeliaran
di bawah jeti kerana airnya begitu jernih.
Bagaimanapun jika anda
ingin bersnorkling anda boleh menyewanya di pulau ini kerana sewaan peralatan
snorkling dan menyelam ada disediakan disini.
Ia juga adalah kawasan
sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. selain aktiviti
berikut, anda juga boleh mandi-manda kerana pantainya sangat bersih atau sekadar
berehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang terbentang luas.
Soal makan dan penginapan
juga anda tidak perlu risau kerana anda boleh mendapatkannya di pulau ini.
Malah pulau ini juga lengkap dengan segala kemudahan awam termasuk telefon
dan tandas awam.
Pada pandangan saya, Pulau
ini sangat Cantik namun ada juga orang yang berpendapat, Pulau Mamutik lebih
cantik. Terpulanglah kepada anda sendiri untuk menilainya. Seeloknya ambillah
peluang untuk berkunjung ke lima buah pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman
park atau sekurang-kurangnya, tiga buah pulau iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan
dan Pulau Sapi kerana kedudukan antara ketiga-tiga buah pulau ini hanya memakan
masa hanya 10-15 minit untuk tiba dari satu pulau ke satu pulau yang lain.
Anda boleh mendapatkan
pekej di Jesselton Point dengan harga yang berpatutan (RM30-RM50 seorang)
untuk ke tiga-tiga pulau tersebut dalam masa sehari.



No comments:
Post a Comment