Gigi geraham Bongsu tumbuh. Yang ada anak panah merah tu dia gigi geraham bongsu. Sakit macam mau cabut kepala pun ada!!!
Haloooo semua. Saya sedang menahan sakit gigi geraham yang sedang mekar nak tumbuh ni. Sakitnya bukan kepalang. Rasa nak kena pelempang pun ada, nak tampar orang pun ada, nak cabut kepala pun ada. Macam-macam rasa lah ada. Kebanyakan orang akan tumbuh gigi geraham ni dalam linkungan umur 20-25 tahun(Umur 20 ni patut nak tumbuh).. Biasanya melepasi umur 25 tahun dah tumbuh gigi geraham tu. Tapi tengok lah individu itu sendiri. Cerita pasal gigi geraham yang mau tumbuh ni, macam2. Rasa tidak mahu makan lah, guling2 atas katil pun ada. macam saya. Sakit gila. Nanti kamu rasa bila otw nak tumbuh gigi. Yang malasnya, semua terbantut keja2. Joging, cuci kain, study. Semua terbantut dek gigi manja ni nak tumbuh. Harap besok boleh ambil Mc dan pegi klinik. Ni antara tips2 yang saya baca untuk menghilangkan sakit gigi geraham sebelum berjumpa dentist. Orang kata, 'sharing is caring', tak gitu ? :)
1. Ambil 8 cubit garam, kemudian rebus air bersama air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan suam dan kumurkanlah sekerap yang boleh.
2. Ni tips pelik sikit. Sebab guna vicks. Tahu vicks ? ada yang kata sapukan vicks di tempat gigi yang sedang tumbuh itu . Tetau lah sejauh mana kebenaran. Try ahh..
3. Ni saya rasa betul. Hisap ketulan ais biar gigi dan gusi berasa kebas. So korang tidak akan rasa sakit lagi. hehehh
4. Kumur listerine. Matikan bakteria yang ada supaya gigi tumbuh sempurna tiada cacat celah. aisehhh.. Ya, tp mungkin betul.
*kredit kepada beberapa blog yang saya baca*
Doa kan saya berjaya mengharungi detik2 cemas(lah sangat) gigi geraham bongsu ni tumbuh. Okay. Adiosssss

